Tuesday, 10 February 2015

CUTI-CUTI MALAYSIA (DAN INDONESIA) SIRI 1 BAB 2: TANJUNG BALAI, PULAU KARIMUN, INDONESIA.

Teng,teng,teng,keteng,teng,teng,
temg,temg,temg,kete,teng,teng.

Enam setengah pagi,
Jam loceng ku memekik dan menyanyi,
Muka dah belur sangat ni,
Tapi ku memaksa diri kerna,
Nak berkongsi.  

-Tone dia lagu Rasa Sayang by Hanie Soraya.

Assalamualaikum dan Selamat pagi (cakap kat diri sendiri) Saya bangun pagi, Solat Subuh, mandi dan siap-siap kemas barang semua, saya terus pergi breakfast, sampai kat tempat breakfast agak ramai orang datang. Masa tuh baru kol 8.30 pagi. Oh ya, waktu bermulanya breakfast di Hotel Tanjung Piai tuh pukul 8.00 pagi, bukan pukul 7 dan makanannya agak terhad. hanya ada nasi goreng dan mihun. minuman pula hanyalah teh o dan kopi o, desert adalah kuih seri muka. Yep bagi saya makanan agak terhad, anda boleh order ala-carte kalau nak. Rasa makanan dia so-so. Selepas makan lebih kurang kol 8.30, saya balik bilik, ambil semua barang yang saya kemas malam tadi, terus keluar bilik, check out dan terus masuk keta shoot ke pekan Kukup. Sampai sana, saya cari tempat letak kereta, tapi sebab datang lambat, banyak tempat letak kereta dah penuh(yang dekat dengan jeti), Jadi kena pergi tempat letak kereta jauh sikit dari jeti, Mujur ada perkhidmatan Van yang terus ke Jeti for FREE. harga tempat letak kereta di sana RM 6.00 satu malam. Ada juga tempat letak kereta lain rege dia RM 10.00. Terpulanglah pada anda, tapi saya park tempat free, Saya park kat tepi Surau Kukup, betul-betul seberang jalan dari hentian Bas Kukup. Jadi saya park kat tepi Surau, bawak barang keluar, lepas tu gerak terus ke Jeti. jarak tepi surau ke jeti lebih kurang 700 meter.


Dari tepi surau, terus sahaja ke jeti. jalan lurus,
jangan belok-belok

bahagian dalam Jeti Kukup

Ni pintu masuk Jeti Kukup.
Sampai je kat jeti, saya terus masuk ke kaunter tiket dia. Saya ambik Tuah service sebab botnya besar dan selesa (kata reception hotel lah). Pastikan anda bawa PASPORT dan RM 120.00 untuk tambang naik ke sana. Yang bestnya kat sini, anda tak perlu tulis apa-apa di deklrasi form, anda hanya perlu tanda tangan sahaja. Saya ambik kol 10 paginya trip. ni gambo tiketnya.

Ni, tiket saya

Ni masa nak naik dia, saya harap ia membantu anda bajet perjalanan ke kukup
Saya beli tiket tuh pada pukul 9.29 pagi macam tu, lepas tu, saya duduk la kat tempat menunggu tuh. ramai pulak orang nak gi Pulau Karimun, saya perasan jugak ramai gila orang Indonesia dan Singapore datang ke Jeti Kukup ke Pulau Karimun nih. Tak sampai 5 minit saya duduk, Orang Imegresen dah panggil tok masuk dalam Feri Tuah tuh. Cepat pulak servis dia. Ramai orang beratur nak pergi ke counter Pasport tapi jangan risau lah, untuk rakyat Malaysia poie je ke kaunter 1. Senang cita, masuk je dalam Feri, pilih la mana seat hang nak duduk, tak de nombor pilihan macam hang naik bas ekspress dan kapal terbang. Saya macam biasa duduk tepi tingkap. Saya terus duduk tepi tingkap, permandangan dia ialah Pulau Kukup, Taman Negara Hutan Paya Bakau terbesar di dunia. Nanti saya akan pergi ke Hutan Paya Bakau Pulau Kukup pula suatu hari nanti Insyaallah. Kukup ni cantik kot, ada banyak rumah rumah terapung sepanjang Selat Kukup ni, ramai nelayan yang duduk di atas laut untuk memudahkan aktivitinya. Menarik juga Kukup ni kan? Lebih kurang pukul 10.16 baru feri berjalan. Dengan perlahan ia Meninggalkan Jeti Kukup dan meninggalkan Malaysia. Perjalanan dari Kukup ke Tanjung Balai, Pulau Karimun ialah lebih kurang 50 minit atau 1 Jam. Rasa pisang gak lah dalam feri tuh sebab tak bawak earphone lak....Padan muka aku. Oh sebelum saya lupa, jika anda nak tukar duit, Orang yang jaga kaunter Feri tumenyarankan untuk menukar duit dari Ringgit ke Rupiah di tempat tukar wang di Malaysia kerana rating lebih tinggi berbanding di Karimun. Masa saya pergi ke sana rating Rupiah ialah 3490 Rupiah (untuk 31 Jan 2015). Ini kiraannya:

3490 Rupiah= Rm 1.00

Contoh: Jika harga satu bilik hotel ialah 198,000 Rupiah anda hanya bahagi dengan 3490 dan anda dapat jawapnnya dalam Ringgit.

198,000 Rupiah bahagi dengan 3490 jawapannya RM 56.73 sen (di bundarkan)

Jika anda tanya masanya pula, ia hanyalah 1 jam lewat dari masa Malaysia. Contohnya Malaysia pukul 12.00 tengah hari waktu di Karimun pukul 11.00 Pagi

Dalam Feri Tuah. Class kan?

Ni lah Pulau Kukup, Taman Negara Paya Bakau yang terbesar
di dunia.

Selat Kukup, Kiri Pulau Kukup kanan Pekan Kukup dan anda
juga boleh nampak ada banyak rumah air, satu kampung beb

Jeti Kukup, huhuhu bye-bye Malaysia
Lopeh hampir satu jam jadi pisang dalam Feri dan tertidur dalam Feri tanpa melihat permandangan kat luar sampai juga saya kat Tanjung Balai, Pulau Karimun. Welcome to Indonesia Everyone! Saya sampai kat Jeti Tanjung Balai saya terus pergi ke tempat imegresen dia. Lain beb cara dia, kena buat cap jari scanning sebanyak 3 kali lepas tu baru cop pasport dan boleh masuk. Yang mengejutkan, tiada kaunter prioriti untuk rakyat Indonesia. Anda hanya kena check sedikit je masukkan beg kedalam tempat check thing tu(sorry tak tahu nama dia) lepas tu, keluar je semua pemandu pelancong dan tour guide kerumun saya macam saya ni celebrity dengan cakap "Mau pergi mana pak?". Saya hanya kata tak mau sebab saya tahu hotel saya kat mana. Padahal saya tipu, saya tak tahu kat mana hotel saya nak duduk. Ada hotel sebelah Pelabuhan Tanjung Balai(betul-betul sebelah beb wa tara tipu) iaitu Holiday Karimun Hotel. Tapi saya tak dok situ sebab saya nak cuba lain dari yang lain saya nak poie ke Hotel Paragon. mengapa saya tak nak naik van? (sana ada perkhidmatan Van teksi dan Motor teksi, tiada kereta Teksi) sebab saya nak jimat duit, sebab saya hanya tukar Ringgit Malaysia ke Rupiah hanya Rm 300 sahaja. lebih kurang 1,001,100 Rupiah (kaya kan saya?) Jadi saya nak simpan sebab nak berjimba kat sana. Baiklah, saya keluar dari pelabuhan Tanjung Balai dan saya lihat memang lain dari yang lain. Jalan dia hanyalah Jalan Sehala sahaja, Tak perasan lak kalau ada two way street kat Tanjung Balai nih, Bangunannya macam Kuala Lumpur zaman 1970-an (Sebab saya ada tengok gambar KL masa zaman tu.) Banyak betul bangunan lama dan suasanya amat berbeza sekali, kurang kereta, banyak motor, basikal serta van. Udaranya amat segar dan nyaman. Saya juga notis jalannya amat bersih dan rata. ramai juga orang melepak tepi jalan hisap rokok Gudang Garam berborak pasal politik Indonesia dan macam-macam lagi lah.

Jeti Tanjung Balai, Karimun Indonesia, WELCOME TO
INDONESIA!

Nila sebahagian dari Bandar Tanjung Balai, Karimun. Nampak berbeza dari KL?

Sebahagian bandar Tanjung Balai again.
Dari pelabuhan, saya hanya berjalan terus sahaja (menggunakan naluri) sebab saya tak boleh guna internet ataupun Waze. Damn it, kalau saya pakai Handset Nokia, dia free lifetime navigation. ehem...saya keluar dari pelabuhan, Sebelah pelabuhan ada Holiday Karimun Hotel, saya jalan terus sahaja lebih kurang 800 meter macam tu saya sampai ke hotel Paragon.(Bukan Paragon Mall kat Cheras tu). Hotel ini agak cantik luarannya, empat tingkat tingginya dengan pintu depannya seperti style Melayu. Saya masuk ke dalam Hotel, check in hotel dan dapat kunci, Peliknya Hotel ini tiada lif,( i wonder kalau OKU nak naik macam mana) Harga Standard Room (paling murah) ialah 198,000 Rupiah lebih kurang RM 56.73 satu malam. Murah bukan? Biliknya agak ok dan selesa. yang mengejutkan biliknya agak besar muat untuk 4 orang tidur dalam satu bilik. Bilik airnya agak lama dan lantainya penuh dengan tompok-tompok hitam. Saya tak kata ia kotor, tapi agak meragukan jugak lah. Katilnya? Pergh, selesa gila, baring je atas katil tu terus ZZZZZZZ. selesanya memang tak terkata lah... bayangkan dengan RM 56.73 je anda ada bilik besar dan ada balkoni lagi. mana nak cari kat KL hotel macam tuh? Kat JB saya pergi duduk hotel kecik pun dah RM 65.00. Hotel dia nak kata agak class jugak lah. Ni gambar hotel dia.

Ini lah Hotel Paragon, hotel saya duduk tuh

Ni Lobi Hotel Paragon

Salah satu tingkat di  Hotel Paragon

Ini lah biliknya, agak besar untuk RM 56.73 satu malam

Permandangan dari Balcony bilik saya

Jalan di Hotel Paragon
Lepas saya solat Jama' saya keluar terus berjalan sekeliling Bandar Tanjung Balai ni...Sebelah Hotel tuh ada sebuah restoran kecil. Dia di antara Hotel dan masjid, macam kedai mamak kat kawasan rumah saya lak. Ada sate, ada nasi goreng me goreng suma. Saya ada masalah sikit komunikasi sebab mereka cakap Original Indonesian (Bahasa Melayu yang ori) akibatnya saya tak berapa faham apa yang mereka kata, contohnya, saya minta teh ais saya dapat teh o ais. huhuhu. cyan saya, nanti saya study bahasa melayu original lah, Walaupun masalah komunikasi sikit, saya order Sate ayam 10, nasi goreng, teh o ais. Sate dia bukan macam sate kajang sana. Kuah kacang dan nasi impit campur sekali dengan sate ayam, Sate dia lagi kecil dari sate ayam kat kajang nun. Walaupun begitu, Nasi Goreng dia memang sodap tahap gaban lah. Dia siap ada telur dadar dengan ayam hiris. Pergh sedap gila taw, sateny ada tulang! sedap tapi leceh sikit nak buang tulang dia, tulang dia tak dela banyak cuma leceh je. Teh o ais dia, teh dia pekat dan manis. lagi pekat dari kedai mamak saya selalu lepak. lepas makan saya bayar. lebih kurang 35,000 Rupiah (Rm 10.63 sen). Murah kot. Ni gambar-gambar dia sepanjang perjalanan saya ke sana.

Hotel Paragon, Hotel saya duduk

Baru pukul 3.00 petang(pukul 4.00 waktu Malaysia) Banyak kedai dah tutup

Sebahagian bandar Tanjung Balai, Karimun, Indonesia yang dah mula sunyi

Kepada sesiapa nak pergi hotel paling dekat di Pelabuhan Tanjung Balai,
Ini lah hotelnya. betul-betul sebelah Pelabuhan, tak akan sesatnya lah

Bulatan kecil di Tanjung Balai, Pulau Karimun

Kawsan pantai di Tanjung Balai, Pulau Karimun

Depan anda ialah Pulau Kundur, Indonesia gak

Kawasan tempat letak kereta di penghujung Tanjug Balai

Bendera Indonesia di kawasan Polisi Militer (military Police)
Lepas menjelajah, saya terus pergi ke kedai di Tanjung Balai ni, Sebenarnya ada lagi tempat menarik seperti Pantai Pongkar, Air Terjun Pongkar, tapi di sebabkan tak de membe, so bosan lah kalau gi sorang-sorang, jadi saya akan menjelajah pulau ini lagi suatu hari nanti Insyaallah. Bukan itu sahaja, kat Pulau Karimun ni banyak gak orang Cina Indonesia di sini, lebih kurang sama macam KL. tapi tak leh cakap Cina, kena cakap bahasa Indonesia. Saya pergi salah satu kedai dan beli air Fanta Rasa Setroberi. Rasa dia lagi pekat dari Malaysia. harga dia? cuma 3000 Rupiah (lebih kurang 80 sen. Murah kan? lepas tu saya keluar berjalan lagi sampai waktu Maghrib dan saya nak Solat Maghrib kat Masjid di Tanjung Balai ni, iaitu Masjid Baitul Karim(hmmm Karim...Karimun.... Nampak similar kan?) Saya berjalan di kawasan Tanjung Balai ni, baru pukul 4.00 petang(kol 5.00 petang waktu Malaysia) Banyak sangat kedai dah tutup. Saya dah jalan lama sangat sampai lapar dan akhirnya saya makan Nasi Padang, Saya ambil Rendang Daging, Ayam Goreng, Sambal Ikan dan Teh Ais. Lebih kurang 30,000 Rupiah (RM8.52). Murah kot. Lepas tu Azan berkumandang pada pukul 6.30 Petang (7.30 Pm waktu Malaysia) Habis je azan terus iqamat. Pergh menggelabah saya dibueknyo tapi nasib baik ssempat sebab imam tu Baca Surah Al-Baqarah ayat 72 hingga 79.

 Lepas solat, saya beli berberapa barang aiskrim dan minuman yang tak da kat Malaysia. Saya pulang ke dalam bilik saya dan ada banyak channel kat hotel ni rupanya. Ada TV1,TV2,TV3,Al-Hijrah,TV9. ada juga channel Indonesia, banyak gila kot, dekat 30 channel Indonesia termasuk Channel di Malaysia, yang saya respect sekali ada satu channel hanya menayangkan semua movie P. Ramlee sahaja, Saya pelik juga, mengapa tak buat sebegitu di Malaysia, saya tidur pukul 2.00 pagi sebab tengok cerita P. Ramlee. Ada 4 cerita saya tengok semua cerita P. Ramlee sebelum saya tidur iaitu Semerah Padi, Ibu Mertuaku, Anakku Sazali dan Pendekar Bujang Lapok. Lepas tu saya pun kemaskan barang untuk balik esok. Lepas tu saya pun tidur.. ZZZ see you tomorrow. Part 3.

Fanta Rasa Stroberi harga 3000 rupiah ( Rm 0.86 je)

Kedai dah tutup dah kalau anda perasan baru jol 4.00 ptg

Masjid Baitul Karim,Tanjung Balai,Indonesia

Kereta dah mula berkurangan di sini pada pukul 5.30 petang

Bahagian dalam Masjid Baitul Karim

Bahagian Dalam Masjid Baitul Karim 2

Papan tanda Baitul Masjid Karim

Magnum Black Espresso, Only in Indonesia Harga 8000 Rupiah  (RM 2.29)

Nescafe Caramel. rege 5500 Rupiah (RM 1.57)

Ni pulak macam susu dutch ladynya logo rege 5500 Rupiah (RM 1.57)

Eden Kayo! ada 73,000 Rupiah! (kalau tukar dengan duit Malaysia rege dia
RM 20.92)

Dengan banyaknya duit kertas Rupiah tak boleh lawan dengan wang Ringgit
Wang Rupiah lebih kurang ada RM 20.92 Yang Wang Ringgit ada RM 42.00

Sebelum saya menutup bab 2 ini saya akan berikan anda review tentang hotel Paragon ini:

Kebaikan:

-Harganya agak murah...(lebih kurang 68 Ringgit satu malam)
-Lebih dari 30 channel TV termasuk channel Malaysia(no astro though)
- Ada Balcony
-Bilik yang agak besar
-Katil yang selesa
-Air cond lebih sejuk dari Tanjung Piai
-Bersebelahan dengan Masjid Baitul Karim
-Kawasan yang strategik dengan kedai-kedai
-Mempunyai cermin untuk bersolek
-Mempunyai alat pemanas
- Mempunyai coffee house
-receptionist melayan kita dengan baik sekali

Kekurangan:

- Tandas yang agak banyak tompok hitam
-Tiada Peti sejuk
-  Bau hapak bila first time masuk ke dalam bilik
-Tiada Wi-fi
- Pintu Tandas agak longgar
-Jauh dari Pelabuhan Tanjung Balai


Ok, itu sahaja, Good night, Tunggu Part 3 dalam pengembaraan saya ke Tanjung Piai/Pulau Karimun.

-SELIM THE 3RD-








6 comments: