Tuesday 10 February 2015

CUTI-CUTI MALAYSIA (DAN INDONESIA) SIRI 1 BAB 2: TANJUNG BALAI, PULAU KARIMUN, INDONESIA.

Teng,teng,teng,keteng,teng,teng,
temg,temg,temg,kete,teng,teng.

Enam setengah pagi,
Jam loceng ku memekik dan menyanyi,
Muka dah belur sangat ni,
Tapi ku memaksa diri kerna,
Nak berkongsi.  

-Tone dia lagu Rasa Sayang by Hanie Soraya.

Assalamualaikum dan Selamat pagi (cakap kat diri sendiri) Saya bangun pagi, Solat Subuh, mandi dan siap-siap kemas barang semua, saya terus pergi breakfast, sampai kat tempat breakfast agak ramai orang datang. Masa tuh baru kol 8.30 pagi. Oh ya, waktu bermulanya breakfast di Hotel Tanjung Piai tuh pukul 8.00 pagi, bukan pukul 7 dan makanannya agak terhad. hanya ada nasi goreng dan mihun. minuman pula hanyalah teh o dan kopi o, desert adalah kuih seri muka. Yep bagi saya makanan agak terhad, anda boleh order ala-carte kalau nak. Rasa makanan dia so-so. Selepas makan lebih kurang kol 8.30, saya balik bilik, ambil semua barang yang saya kemas malam tadi, terus keluar bilik, check out dan terus masuk keta shoot ke pekan Kukup. Sampai sana, saya cari tempat letak kereta, tapi sebab datang lambat, banyak tempat letak kereta dah penuh(yang dekat dengan jeti), Jadi kena pergi tempat letak kereta jauh sikit dari jeti, Mujur ada perkhidmatan Van yang terus ke Jeti for FREE. harga tempat letak kereta di sana RM 6.00 satu malam. Ada juga tempat letak kereta lain rege dia RM 10.00. Terpulanglah pada anda, tapi saya park tempat free, Saya park kat tepi Surau Kukup, betul-betul seberang jalan dari hentian Bas Kukup. Jadi saya park kat tepi Surau, bawak barang keluar, lepas tu gerak terus ke Jeti. jarak tepi surau ke jeti lebih kurang 700 meter.


Dari tepi surau, terus sahaja ke jeti. jalan lurus,
jangan belok-belok

bahagian dalam Jeti Kukup

Ni pintu masuk Jeti Kukup.
Sampai je kat jeti, saya terus masuk ke kaunter tiket dia. Saya ambik Tuah service sebab botnya besar dan selesa (kata reception hotel lah). Pastikan anda bawa PASPORT dan RM 120.00 untuk tambang naik ke sana. Yang bestnya kat sini, anda tak perlu tulis apa-apa di deklrasi form, anda hanya perlu tanda tangan sahaja. Saya ambik kol 10 paginya trip. ni gambo tiketnya.

Ni, tiket saya

Ni masa nak naik dia, saya harap ia membantu anda bajet perjalanan ke kukup
Saya beli tiket tuh pada pukul 9.29 pagi macam tu, lepas tu, saya duduk la kat tempat menunggu tuh. ramai pulak orang nak gi Pulau Karimun, saya perasan jugak ramai gila orang Indonesia dan Singapore datang ke Jeti Kukup ke Pulau Karimun nih. Tak sampai 5 minit saya duduk, Orang Imegresen dah panggil tok masuk dalam Feri Tuah tuh. Cepat pulak servis dia. Ramai orang beratur nak pergi ke counter Pasport tapi jangan risau lah, untuk rakyat Malaysia poie je ke kaunter 1. Senang cita, masuk je dalam Feri, pilih la mana seat hang nak duduk, tak de nombor pilihan macam hang naik bas ekspress dan kapal terbang. Saya macam biasa duduk tepi tingkap. Saya terus duduk tepi tingkap, permandangan dia ialah Pulau Kukup, Taman Negara Hutan Paya Bakau terbesar di dunia. Nanti saya akan pergi ke Hutan Paya Bakau Pulau Kukup pula suatu hari nanti Insyaallah. Kukup ni cantik kot, ada banyak rumah rumah terapung sepanjang Selat Kukup ni, ramai nelayan yang duduk di atas laut untuk memudahkan aktivitinya. Menarik juga Kukup ni kan? Lebih kurang pukul 10.16 baru feri berjalan. Dengan perlahan ia Meninggalkan Jeti Kukup dan meninggalkan Malaysia. Perjalanan dari Kukup ke Tanjung Balai, Pulau Karimun ialah lebih kurang 50 minit atau 1 Jam. Rasa pisang gak lah dalam feri tuh sebab tak bawak earphone lak....Padan muka aku. Oh sebelum saya lupa, jika anda nak tukar duit, Orang yang jaga kaunter Feri tumenyarankan untuk menukar duit dari Ringgit ke Rupiah di tempat tukar wang di Malaysia kerana rating lebih tinggi berbanding di Karimun. Masa saya pergi ke sana rating Rupiah ialah 3490 Rupiah (untuk 31 Jan 2015). Ini kiraannya:

3490 Rupiah= Rm 1.00

Contoh: Jika harga satu bilik hotel ialah 198,000 Rupiah anda hanya bahagi dengan 3490 dan anda dapat jawapnnya dalam Ringgit.

198,000 Rupiah bahagi dengan 3490 jawapannya RM 56.73 sen (di bundarkan)

Jika anda tanya masanya pula, ia hanyalah 1 jam lewat dari masa Malaysia. Contohnya Malaysia pukul 12.00 tengah hari waktu di Karimun pukul 11.00 Pagi

Dalam Feri Tuah. Class kan?

Ni lah Pulau Kukup, Taman Negara Paya Bakau yang terbesar
di dunia.

Selat Kukup, Kiri Pulau Kukup kanan Pekan Kukup dan anda
juga boleh nampak ada banyak rumah air, satu kampung beb

Jeti Kukup, huhuhu bye-bye Malaysia
Lopeh hampir satu jam jadi pisang dalam Feri dan tertidur dalam Feri tanpa melihat permandangan kat luar sampai juga saya kat Tanjung Balai, Pulau Karimun. Welcome to Indonesia Everyone! Saya sampai kat Jeti Tanjung Balai saya terus pergi ke tempat imegresen dia. Lain beb cara dia, kena buat cap jari scanning sebanyak 3 kali lepas tu baru cop pasport dan boleh masuk. Yang mengejutkan, tiada kaunter prioriti untuk rakyat Indonesia. Anda hanya kena check sedikit je masukkan beg kedalam tempat check thing tu(sorry tak tahu nama dia) lepas tu, keluar je semua pemandu pelancong dan tour guide kerumun saya macam saya ni celebrity dengan cakap "Mau pergi mana pak?". Saya hanya kata tak mau sebab saya tahu hotel saya kat mana. Padahal saya tipu, saya tak tahu kat mana hotel saya nak duduk. Ada hotel sebelah Pelabuhan Tanjung Balai(betul-betul sebelah beb wa tara tipu) iaitu Holiday Karimun Hotel. Tapi saya tak dok situ sebab saya nak cuba lain dari yang lain saya nak poie ke Hotel Paragon. mengapa saya tak nak naik van? (sana ada perkhidmatan Van teksi dan Motor teksi, tiada kereta Teksi) sebab saya nak jimat duit, sebab saya hanya tukar Ringgit Malaysia ke Rupiah hanya Rm 300 sahaja. lebih kurang 1,001,100 Rupiah (kaya kan saya?) Jadi saya nak simpan sebab nak berjimba kat sana. Baiklah, saya keluar dari pelabuhan Tanjung Balai dan saya lihat memang lain dari yang lain. Jalan dia hanyalah Jalan Sehala sahaja, Tak perasan lak kalau ada two way street kat Tanjung Balai nih, Bangunannya macam Kuala Lumpur zaman 1970-an (Sebab saya ada tengok gambar KL masa zaman tu.) Banyak betul bangunan lama dan suasanya amat berbeza sekali, kurang kereta, banyak motor, basikal serta van. Udaranya amat segar dan nyaman. Saya juga notis jalannya amat bersih dan rata. ramai juga orang melepak tepi jalan hisap rokok Gudang Garam berborak pasal politik Indonesia dan macam-macam lagi lah.

Jeti Tanjung Balai, Karimun Indonesia, WELCOME TO
INDONESIA!

Nila sebahagian dari Bandar Tanjung Balai, Karimun. Nampak berbeza dari KL?

Sebahagian bandar Tanjung Balai again.
Dari pelabuhan, saya hanya berjalan terus sahaja (menggunakan naluri) sebab saya tak boleh guna internet ataupun Waze. Damn it, kalau saya pakai Handset Nokia, dia free lifetime navigation. ehem...saya keluar dari pelabuhan, Sebelah pelabuhan ada Holiday Karimun Hotel, saya jalan terus sahaja lebih kurang 800 meter macam tu saya sampai ke hotel Paragon.(Bukan Paragon Mall kat Cheras tu). Hotel ini agak cantik luarannya, empat tingkat tingginya dengan pintu depannya seperti style Melayu. Saya masuk ke dalam Hotel, check in hotel dan dapat kunci, Peliknya Hotel ini tiada lif,( i wonder kalau OKU nak naik macam mana) Harga Standard Room (paling murah) ialah 198,000 Rupiah lebih kurang RM 56.73 satu malam. Murah bukan? Biliknya agak ok dan selesa. yang mengejutkan biliknya agak besar muat untuk 4 orang tidur dalam satu bilik. Bilik airnya agak lama dan lantainya penuh dengan tompok-tompok hitam. Saya tak kata ia kotor, tapi agak meragukan jugak lah. Katilnya? Pergh, selesa gila, baring je atas katil tu terus ZZZZZZZ. selesanya memang tak terkata lah... bayangkan dengan RM 56.73 je anda ada bilik besar dan ada balkoni lagi. mana nak cari kat KL hotel macam tuh? Kat JB saya pergi duduk hotel kecik pun dah RM 65.00. Hotel dia nak kata agak class jugak lah. Ni gambar hotel dia.

Ini lah Hotel Paragon, hotel saya duduk tuh

Ni Lobi Hotel Paragon

Salah satu tingkat di  Hotel Paragon

Ini lah biliknya, agak besar untuk RM 56.73 satu malam

Permandangan dari Balcony bilik saya

Jalan di Hotel Paragon
Lepas saya solat Jama' saya keluar terus berjalan sekeliling Bandar Tanjung Balai ni...Sebelah Hotel tuh ada sebuah restoran kecil. Dia di antara Hotel dan masjid, macam kedai mamak kat kawasan rumah saya lak. Ada sate, ada nasi goreng me goreng suma. Saya ada masalah sikit komunikasi sebab mereka cakap Original Indonesian (Bahasa Melayu yang ori) akibatnya saya tak berapa faham apa yang mereka kata, contohnya, saya minta teh ais saya dapat teh o ais. huhuhu. cyan saya, nanti saya study bahasa melayu original lah, Walaupun masalah komunikasi sikit, saya order Sate ayam 10, nasi goreng, teh o ais. Sate dia bukan macam sate kajang sana. Kuah kacang dan nasi impit campur sekali dengan sate ayam, Sate dia lagi kecil dari sate ayam kat kajang nun. Walaupun begitu, Nasi Goreng dia memang sodap tahap gaban lah. Dia siap ada telur dadar dengan ayam hiris. Pergh sedap gila taw, sateny ada tulang! sedap tapi leceh sikit nak buang tulang dia, tulang dia tak dela banyak cuma leceh je. Teh o ais dia, teh dia pekat dan manis. lagi pekat dari kedai mamak saya selalu lepak. lepas makan saya bayar. lebih kurang 35,000 Rupiah (Rm 10.63 sen). Murah kot. Ni gambar-gambar dia sepanjang perjalanan saya ke sana.

Hotel Paragon, Hotel saya duduk

Baru pukul 3.00 petang(pukul 4.00 waktu Malaysia) Banyak kedai dah tutup

Sebahagian bandar Tanjung Balai, Karimun, Indonesia yang dah mula sunyi

Kepada sesiapa nak pergi hotel paling dekat di Pelabuhan Tanjung Balai,
Ini lah hotelnya. betul-betul sebelah Pelabuhan, tak akan sesatnya lah

Bulatan kecil di Tanjung Balai, Pulau Karimun

Kawsan pantai di Tanjung Balai, Pulau Karimun

Depan anda ialah Pulau Kundur, Indonesia gak

Kawasan tempat letak kereta di penghujung Tanjug Balai

Bendera Indonesia di kawasan Polisi Militer (military Police)
Lepas menjelajah, saya terus pergi ke kedai di Tanjung Balai ni, Sebenarnya ada lagi tempat menarik seperti Pantai Pongkar, Air Terjun Pongkar, tapi di sebabkan tak de membe, so bosan lah kalau gi sorang-sorang, jadi saya akan menjelajah pulau ini lagi suatu hari nanti Insyaallah. Bukan itu sahaja, kat Pulau Karimun ni banyak gak orang Cina Indonesia di sini, lebih kurang sama macam KL. tapi tak leh cakap Cina, kena cakap bahasa Indonesia. Saya pergi salah satu kedai dan beli air Fanta Rasa Setroberi. Rasa dia lagi pekat dari Malaysia. harga dia? cuma 3000 Rupiah (lebih kurang 80 sen. Murah kan? lepas tu saya keluar berjalan lagi sampai waktu Maghrib dan saya nak Solat Maghrib kat Masjid di Tanjung Balai ni, iaitu Masjid Baitul Karim(hmmm Karim...Karimun.... Nampak similar kan?) Saya berjalan di kawasan Tanjung Balai ni, baru pukul 4.00 petang(kol 5.00 petang waktu Malaysia) Banyak sangat kedai dah tutup. Saya dah jalan lama sangat sampai lapar dan akhirnya saya makan Nasi Padang, Saya ambil Rendang Daging, Ayam Goreng, Sambal Ikan dan Teh Ais. Lebih kurang 30,000 Rupiah (RM8.52). Murah kot. Lepas tu Azan berkumandang pada pukul 6.30 Petang (7.30 Pm waktu Malaysia) Habis je azan terus iqamat. Pergh menggelabah saya dibueknyo tapi nasib baik ssempat sebab imam tu Baca Surah Al-Baqarah ayat 72 hingga 79.

 Lepas solat, saya beli berberapa barang aiskrim dan minuman yang tak da kat Malaysia. Saya pulang ke dalam bilik saya dan ada banyak channel kat hotel ni rupanya. Ada TV1,TV2,TV3,Al-Hijrah,TV9. ada juga channel Indonesia, banyak gila kot, dekat 30 channel Indonesia termasuk Channel di Malaysia, yang saya respect sekali ada satu channel hanya menayangkan semua movie P. Ramlee sahaja, Saya pelik juga, mengapa tak buat sebegitu di Malaysia, saya tidur pukul 2.00 pagi sebab tengok cerita P. Ramlee. Ada 4 cerita saya tengok semua cerita P. Ramlee sebelum saya tidur iaitu Semerah Padi, Ibu Mertuaku, Anakku Sazali dan Pendekar Bujang Lapok. Lepas tu saya pun kemaskan barang untuk balik esok. Lepas tu saya pun tidur.. ZZZ see you tomorrow. Part 3.

Fanta Rasa Stroberi harga 3000 rupiah ( Rm 0.86 je)

Kedai dah tutup dah kalau anda perasan baru jol 4.00 ptg

Masjid Baitul Karim,Tanjung Balai,Indonesia

Kereta dah mula berkurangan di sini pada pukul 5.30 petang

Bahagian dalam Masjid Baitul Karim

Bahagian Dalam Masjid Baitul Karim 2

Papan tanda Baitul Masjid Karim

Magnum Black Espresso, Only in Indonesia Harga 8000 Rupiah  (RM 2.29)

Nescafe Caramel. rege 5500 Rupiah (RM 1.57)

Ni pulak macam susu dutch ladynya logo rege 5500 Rupiah (RM 1.57)

Eden Kayo! ada 73,000 Rupiah! (kalau tukar dengan duit Malaysia rege dia
RM 20.92)

Dengan banyaknya duit kertas Rupiah tak boleh lawan dengan wang Ringgit
Wang Rupiah lebih kurang ada RM 20.92 Yang Wang Ringgit ada RM 42.00

Sebelum saya menutup bab 2 ini saya akan berikan anda review tentang hotel Paragon ini:

Kebaikan:

-Harganya agak murah...(lebih kurang 68 Ringgit satu malam)
-Lebih dari 30 channel TV termasuk channel Malaysia(no astro though)
- Ada Balcony
-Bilik yang agak besar
-Katil yang selesa
-Air cond lebih sejuk dari Tanjung Piai
-Bersebelahan dengan Masjid Baitul Karim
-Kawasan yang strategik dengan kedai-kedai
-Mempunyai cermin untuk bersolek
-Mempunyai alat pemanas
- Mempunyai coffee house
-receptionist melayan kita dengan baik sekali

Kekurangan:

- Tandas yang agak banyak tompok hitam
-Tiada Peti sejuk
-  Bau hapak bila first time masuk ke dalam bilik
-Tiada Wi-fi
- Pintu Tandas agak longgar
-Jauh dari Pelabuhan Tanjung Balai


Ok, itu sahaja, Good night, Tunggu Part 3 dalam pengembaraan saya ke Tanjung Piai/Pulau Karimun.

-SELIM THE 3RD-








Monday 2 February 2015

CUTI-CUTI MALAYSIA (DAN INDONESIA) HARI PERTAMA: TANJUNG PIAI/KUKUP,JOHOR DARUL TAKZIM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, Apa khabar? saya harap anda sihat sejahtera, saya nak bagitahu fans-fans sekalian bahawa saya baru balik dari advanture saya ke Tanjung Piai, Johor dan Pulau Karimun, Indonesia. Saya akan memberikan petunjuk jalan macam mana nak poie ke Tanjung Piai dan Pulau Karimun juga. Tahukah anda bahawa Tanjung Piai adalah penghujung tanah besar Benua Asia?? Tu pasal saya nak poie ni.Hari pertama saya dari Kuala Lumpur terus Shoot ke Tanjung Piai, Johor. Untuk seluruh perlancongan saya, saya pergi 3 hari 2 malam, pergi 31 Januari 2015 balik KL 2 Febuari 2015.(Leh katakan baru lah saya balik ni pun). Dah-dah, tak yah nak tulis banyak dah, kita terus ke cerita pengembaraan saya ke Tanjung Piai/Karimun. ZASSSSS!

Terima Kasih WAZE!
RNR Seremban lebih kurang 6.55 Pagi
Permulaan adventure saya ialah, saya mengemas barang-barang saya, macam biasa lah, seperti baju,seluar untuk 3 hari 2 malam, berus gigi, tuala (just in case), alatan mandi kalau mahu bawa, charger handset, handset, Laptop dan charger dan paling penting, PASPORT. Kalau anda tidak ada pasport, impian nak pergi ke Karimun tu memang habis la. Jika anda ada duit RM 200.00, sila pergi ke Imigresen untuk beli Pasport. kali ni memang tak de pilih-pilih tahun da, kau batar RM 200 tok 5 tahun. Okay, sekarang, bila saya dah complete kemas barang-barang. saya bawak satu beg beso je. La... 3 hari 2 malam kot, bukan gi seminggu. Saya pun membenarkan nyawa saya terbang sekejap dari kol 9 malam sampai 5.30 pagi. Saya menyesal tidur awal masa tu, sebab Running Man start pukul 11.50. Saya lak tidur kol 9. Chet!! Ehem....anyway, saya terbangun dari tidur pukul 5.30 pagi, bangun dengan muka blur, pergi mandi lepas tu kena solat tahajjud, siap-siap pakai baju putih, seluar putih sebab takut kena geget nyamuk.(Sebab dulu pernah kena denggi, trauma beb). pukul 6.30 pagi saya keluar dari rumah dari Kuala Lumpur ke Tanjung Piai. Disebabkan saya tak tahu macam mana nak ke Tanjung Piai(Biasalah, first time poie sana) saya meminta bantuan Aplikasi WAZE untuk menjadi penunjuk arah. Mengikut jarak dari rumah Eden, jaraknya ialah 357 km dari Kuala Lumpur ke Tanjung Piai, Johor. Lebih kurang 3 jam 45 minit kalau anda ikut undang-undang Negara, kalau tak, lagi copek sampai. Ni kata Waze, bukan saya yang kira. Saya terus masukkan barang kedalam kereta dan terus shoot dari KL hingga ke RNR Seremban. Di sebabkan tak banyak kereta kat Highway, Saya pun jadi Rempit la, saya saja on WAZE sebab WAZE mood saya masih baby lagi. Sampai sana, bedal kopi susu, Nasi lemak, saya ada order Nescafe Tarik, tapi disebabkan baru bukak, nak buat Nescafe tarik pun dah lebih 15 minit. Memang sakit hati la, Nasi lemak dah sejuk lak tuh. Tapi disebabkan saya masih mamai dan blur gila, saya tak pikiaq, makan saja. Setelah mamam, saya pergi ke Petronas RNR Seremban, isi minyak kejap, Minyak dah merah dah beb, jadi saya isi penuh, cucuk mulut harimau (Maybank) lepas tu terus gerak ke Tanjung Piai! dengan bantuan Waze! Pasang lagu kuat-kuat, melalak dalam kereta supaya tak rasa pishang dalam kereta. Sambil melalak, sambil tengok Waze, baru la rock!

Lebih kurang pukul 7.45 pagi, Saya dah sampai sempadan Melaka/Negeri Sembilan, pukul 8.20 dah sampai Sempadan Johor/Melaka, disebabkan mengantuk punya pasal dan rasa terkucil, saya pun stop kat Hentian Sebelah Tangkak (Hentian sebelah pertama dalam Johor Darul Takzim). Lepas pergi tandas, saya teruskan perjalanan melalui Sungai Muar (Cantik beb) Pagoh, Yong Peng dan akhirnya sampai ke RNR Machap. perut lapar pulak, dah pukul 9.40 pagi saya pun gi makan jap, pukul 10.15 pagi saya masuk balik keta terus ke simpang SEDENAK. Masuk Sentuh dan Blah(Touch n Go) pergh kena Rm 36!!!(Kot) Sampai sana akan ada dua simpang, satu ke SEDENAK, satu lagi ke PONTIAN, sila ambik jalan ke  PONTIAN, Kalau gi ke Sedenak, Sorry, tak leh tolong lah. Waze menolong saya melalui bandar Pontian, Beberapa kampung di tepi laut. Saya cakap betul, kawasan kampung di Johor ni memang cantik, old school dan nyaman udaranya. Oh lupa, kalau anda nak pergi ke Tanjung Piai cara dekat (Ini mengikut WAZE la, saya tak tahu lah kalau ada jalan lain yang lagi dekat sampai ke sana). anda perlu aim penunjuk arah ke PONTIAN, PONTIAN KECHIL,PERMAS,KAWASAN KUKUP,SERKAT DAN TANJUNG PIAI. Petunjuknya jalan itu berada ditepi laut dan anda menuju ke arah selatan. Tapi pastikan anda sampai ke Bandar PONTIAN dahulu untuk memudahkan kerja anda. Anda dari bandar PONTIAN  anda hanya menghala ke Permas lebih kurang 22 km dari Bandar PONTIAN. Bila anda sampai ke tengah-tengah pekan Permas.Di tengah-tengah pekan itu ada simpang tiga. Jika anda drive lurus ia terus ke KUKUP, jika anda pergi ke kiri, anda akan terus ke SERKAT dan TANJUNG PIAI. So kita shoot terus ke kiri dan jalan terus sahaja sehingga anda ke tengah-tengah pekan SERKAT  ada simpang tiga dan landmarknya ialah Masjid Serkat (Saya tak sure apa nama masjid ini). ada penunjuk arah ke TANJUNG PIAI. (simpang kanan nak ke sana tau) anda masuk kanan dan ikut jalan sahaja. Sampai ke hujung jalan ada simpang empat,  Hujung jalan tu ada pantai dan muara sungai mempunyai empangan. Jika anda jumpa, maknanya anda betul. Terus anda pergi ke Tanjung Piai Resort (jika anda nak stay lah, jika nak terus ke Taman Negara Tanjung Piai, anda masuk simpang kanan dan jaraknya 1 Kilometer ke Taman Negara Tanjung Piai dari simpang empat itu. Sampai sana je, saya terus tangkap gambar menggunakan Kemera tepon saya(Camera atau Kamera, bukan Kemera k?)  Ini gambar dia: (Jangan risau, Caption gambar akan terangkan setiap gambar tersebut)
Lupa nama Sungai ni,tapi jika anda jumpa sungai ni maknanya anda dah sampai dah

Ni Papan tanda Tanjung Piai Resort

Udara kat sana memang awesome, segar, angin kuat serta banyak pokok bakau di sana, Oh, jika anda nak tahu bahawa Tanjung Piai Resort ni adalah hotel terapung di atas laut (Selat Johor) jadi anda tak boleh bawa kereta masuk ke dalam hotel, anda perlu park di luar sahaja, kawasan yang saya tangkap gambar di atas ^. Jangan risau, kawasan itu memang selamat dan tiada kes rompakan. Insyaallah. Saya buka but dan ambil beg saya dan terus melalui jambatan pintu masuk Tanjung Piai Resort. Saya juga pergi ke Tanjung Piai Resort dan saya tangkap berberapa gambar di Tanjung Piai Resort ini.Ni gambar yang saya tangkap dan anda jadi hakim. Awesome beb!
Bahagian depan pintu masuk Tanjung Piai Resort

Nampak tak papan tanda "TANJUNG PIAI"? Pondok biru tu adalah
pintu masuk Resort itu, di hadapan anda sungai bersih 

Nak pegi ke Hotel, kena lalu jambatan dulu, Bersihkan sungai dia?

Papan Tanda Tanjung Piai

Kiri anda adalah Tanjung Piai Resort, Nak pergi sana, kena lalu titi.
Hangpa akan nampak pokok bakau banyak kat kawasan tuh.

Jeti sebelah Tanjung Piai Resort, Selat Johor, Johor

Ni la titi saya maksudkan(Sorry, tak tahu nak explain macam mana) =p

Awesome kan jeti ni?? Sebelah Tanjung Piai Resort.

Ni pintu masuk Tanjung Piai Resort. Welcome! Selamat Datang! Yokoso!

Ni permandangan dari titi, kiri gambar ialah kawasan industri Johor,
kanan gambar(kena tengok full screen) adalah kawasan Tuas/Jurong, Singapura

Sebahagian Tanjung Piai Resort, macam legit je pondok atas laut yang hujung tuh.
Kalau anda perasan juga, penuh dengan kapal kontena.

Ini adalah Lobi Hotel Tanjung Piai, tempat makan dia hampir satu lobi dia cover.
Amacam? Hebatkan? Ini saya bagi lagi gambar penuh bagai mana rupa hotel Tanjung Piai Resort secara detail dan saya sempat tangkap gambar harga bilik Hotel Tanjung Piai ni kalau anda mau poie sini lah. Moh tengok gambar saya tangkap nih, ok lah jugak hotel ni. nanti saya akan bagi preview hotel ni sama ada anda puas hati atau tidak, mari lihat gambar ni sebelum tuh.

Ini adalah Dataran Tanjung Piai Resort, Anda nak buat barbekiu,
nak Karoke ke, Nak berjimba(tak disarankan) boleh buat di sini.
Bukan itu sahaja, anda nak sewa untuk memancing RM 25 satu 
hari.

Ni bahagian hujung hotel ni bersama sebuah pondok

Jalan nak ke hujung dunia Malaysia ini. Awesome right?

Jika anda lihat rumah bumbung merah tuh, itu Villa,
Sebelahnya Bilik2 biasa, lepas tu bangunan Dorm. Hebat Hotel ni, mahu dekat 150 lebih bilik dia.

Jika anda sampai di hujung hotel ini (kena besarkan gambar)
Anda akan perasan di hadapan anda adalah Kepulauan Jurong dan
Bandar industri Tuas, Singapura.

Hotel Reception Tanjung Piai Resort

Keindahan Pokok Bakau di pantai Tanjung Piai Resort

Jika anda lihat di bahagian kanan gambar (Yang hujung sekali)
Itu adalah Tanjung Piai, Banyak kapal kontena berlabuh di sini

Rumah Bahagian Reception Hotel Tanjung Piai dan Kafe.

Ini adalah Bilik Twin Sharing, Bilik saya nak duduk, Saya saja masuk dalam
sebab nak tengok macam mana bilik dia. 

Kepada yang minat nak pergi ke Tanjung Piai ni, ini room
rate Tanjung Piai Resort ni. Murah mahal semua di tangan anda.
Baiklah selepas saya tangkap gambar, saya pun berehat selama 3 jam lebih, saya sampai sana lebih kurang pukul 10.50 pagi. jika anda nak tahu bagaimana Hotel ni selesa ke tak, ini pendapat saya berdasarkan bilik yang saya tinggal.

Kebaikan:

- Harganya agak murah kalau nak bandingkan dengan Pavillion di Port Dickson
-100% Hotel di atas laut
-Layanan Pekerja Hotel amat baik sekali
- Kawasannya bersih,lokasinya terbaik, jika anda bernasib baik jika langit baik anda boleh melihat matahari terbit dan terbenam in clear view!
- Makanan hotel adalah paling murah saya pernah pergi dan sedap pulak tuh (Bayangkan Chicken Chop Rm 12.90! Hotel mana lagi ada jual Chicken Chop murah sebegini??)
- Mempunyai Dormitori, Jika anda mahu membuat hari keluarga, Program Motivasi ataupun saja-saja bawak family atau member anda nak tinggal di sini, boleh bawa mereka ke sini. satu Dorm ada 20 katil(Double decker)
-Mempunyai kemudahan Barbekiu, karoke serta aktiviti luar seperti Paint Ball dan sewa memancing.
-Hanya 1.2 km dari Taman Negara Tanjung Piai.
-Anda boleh dapat channel dari Singapura dan Indonesia
- Saya ambil Twin Sharing room, katilnya amat besar, boleh muat 4 orang kot dan katilnya amat selesa.

Keburukan:

- Dalam bilik saya, ada sedikit masalah air cond, ia sejuk, tetapi tidaklah sejuk mana walaupun ia dah disettingkan sehingga 16 darjah selsius, tetapi tidak boleh mengubah setting air cond melainkan hanya naik dan turunkan suhu air cond sahaja.
- Di dalam bilik,tiada Air panas untuk buat minuman panas, perlu pergi ke reception untuk isi air panas.
-Tiada Peti Sejuk, tiada dressing table, tiada tempat letak sabun dan ubat gigi,tiada laundry bag dan pintu tandas sudah rosak.
-Bangunannya agak outdated dan mula nampak ada kesan retak dan agak meragukan ketahanan bangunan tersebut.
-Tiada privasi kerana tingkap bilik tidak tinted, jadi jika anda duduk di tingkat bawah... saya sarankan anda wajib tutup langsir, kalau tak terkantoi, kang masuk kat my nakal kang baru tahu.
-Jika anda mahu cari tempat makanan melayu, anda perlu membawa kereta kerana kedai melayu terdekat ialah 1 km dari hotel iaitu Restoran Johor Riau, jika nak cari yang lain, sila pergi ke Serkat 5 km dari hotel. Jadi lokasinya agak tak strategik.
-Breakfastnya agak terhad, masa saya nak pergi breakfast hotel hanya mee hoon goreng dan nasi goreng sahaja, minuman kopi o pannas dan teh o panas.
-Line telco di sana agak kurang di berberapa tempat.

Berdasarkan pengalaman saya di sana, is a mix bag review, Saya bagi 3 Bintang! (Macam juri MLM lak)

Menariknya di hotel ini ada banyak bangau datang ke kawasan hotel tersebut untuk mencari ikan serta banyak tahap gaban kumpulan monyet bergayut di kawasan pokok bakau berdekatan dengan Tanjung Piai Resort ini. Saya pergi breakfast kat hotel saya nampak ada berberapa ekor monyet datang ke kafe nak curi makanan yang kita nak makan tuh. Amboi,amboi,amboi.... Nasib baik pekerja hotel bertindak dulu halau mereka, kalau tak memang licin lah diorang makan nanti. Saya rasa monyet-monyet ni dah tak cuak dengan manusia sebab mungkin mereka dah biasa lepak dengan manusia tu yang mereka tak cuak kot.

Anyway, back to the story, selepas saya check in, saya terus ke bilik saya kat Laman Bonda, Hotel memang atas laut, saya ada masuk bilik yang ada orang sebab nak tengok bilik macam mana, lepas tuh, bila bilik saya dah siap untuk tinggal, saya pun terus buka pintu, letak barang, bukak kasut terus krohhh krohh krohhh. sampai pukul 2 lebih.... kot. saya tak ingat lah. i'm sorry. Saya solat jama' Taqdim lepas tu saya siap-siap nak gerak ke Taman Negara Tanjung Piai. Lebih kurang 1.2 km dari Hotel Tanjung Piai Resort. Nak pergi sana senang sahaja, anda hanya jalan lurus sahaja dari Hotel. Ini gambar dia tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

On The Way Pak Munawe ke Taman Negara Tanjung Piai

Ni pintu masuk Taman Negara Tanjung Piai

Selamat Datang ke Taman Negara Tanjung Piai!

Ingat masuk free ka?


Tak sampai 5 minit dah sampai dah pintu masuk tanjung Piai ni, Nak cari Parking? jangan risau beb, tempat parking dia luas, nak park mana-mana pun boleh. asalkan jangan sampai tahan jalan orang. Saya pun keluar dari kereta depan pintu masuk ada tiga gerai jual makanan macam kerpok lekor, air kelapa dan macam-macam ado lah. masuk sahaja sehingga anda nampak ada tanda gi kaunter bayar. Hangpa ingat masuk free ka? Jangan risau, harganya murah je, ni list harga dia:

Dewasa: 18 tahun hingga 54 tahun RM 5.00
Kanak-kanak: 0 hingga 9 tahun(saya rasa lah) RM 3.00
Pelajar (Pelajar sekolah rendah dan Menengah je, Budak Kolej atau Universitas Jangan ngada-ngada nak mintak kurang) RM 3.00
Warga Emas: 55 keatas RM 3.00

Ha, murah kan? Alaa RM 5 je kot, kalau anda boleh beli dua kotak rokok Canyon dengan RM 5 kenapa nak berkira kalau nak pergi melihat kebesaran Allah dengan harga yang sama? Choi, sempat lak aku ceramah. Ehem, lepas anda bayar anda masuk sahaja dan jangan buang tiket tuh sebab nanti ada security check tok tiket tuh. Jika anda lihat ke kanan anda ia menceritakan tentang kehebatan pokok paya bakau ni. Laa, saya lupa nak cerita apa speselnya Tanjung Piai ni, Kalau anda nak tahu, Tanjung Piai ni adalah Tanjung yang paling hujung di bahagian selatan tanah besar Asia. Kawasan tanjung itu dipenuhi dengan hutan paya bakau. Ia adalah hutan simpan kekal untuk pengekalan hutan paya bakau kerana paya bakau ini banyak kelebihannya contohnya boleh menahan kekuatan ombak kuat termasuk Tsunami, mengurangkan masalah pembiakan nyamuk kerana banyak haiwan-haiwan air yang tinggal di kawasan itu. Kalau nak lebih detail, lihat gambar-gambar yang saya tangkap ini. Enjoy.

tugu 5 R di pintu masuk Tanjung Piai national Park

Ruang Pejabat dan Pondok, saya rasa mungkin Piai adalah nama
spesis pokok.(sorry, tak tahu sangat bab pokok ni)

Susur gajah nila pintu masuk Tanjung Piai. kat situlah ada
tempat check point, jangan buang tiket lagi tau

Pokok paya bakau, so swampy

Cantikkan hutan paya bakau ni, nyamuk pun tak ada

Ketebalan hutan paya bakau sehingga tak nampak langit biru

Ini lah jalan dia, anda pergi terus anda ke jeti bahagian Selat Melaka

Jika anda jalan berberapa meter anda akan nampak simpang ini
Ia terus ke menara pemerhatian

Sampai je kat atas menara pemerhatian ada mesej ni,
Hmm.. maybe ada orang pernah wat Projek kat sini kot. LOL

Ini Watch tower dia kat tingkat atas, hanya muat untuk 10 orang sahaja.
Menaranya agak meragukan ketahanannya, Tangganya hanyalah kayu yang agak nipis.
Jangan naik sekaligus, naik sorang-sorang

Sungai yang tengah keing, Banyak Mud skipper kat sini

Ini hujung jeti Selat Melaka, Anda akan nampak penunjuk arah
semua bandar bandar utama dunia. Paling dekat Singapura,
38.5 km. LOL.  Jika anda nampak di belakang papan tanda itu ada sebuah pulau yang namanya Pulau Kerimun

Laluan jeti dari kawasan hujung dia, Jauh kan?

Ramai orang melepak kat sini. angin kuat dan udaranya nyaman

Kawasan Paya Bakau, Kapal kontena boleh nampak

Tugu Tanjung Piai. Anda berada di Hujung Tanah Besar Asia. Bangga aku

Sila besarkan gambar ini kalau nak baca, Tanjung Piai adalah
Kawasan paling Selatan Di tanah Benua Asia. kenapa? tak percaya?

Dewan serbeguna untuk pelawat kalau nak buat event di sini.
Ingat tau, seluruh kawasan ini adalah paya bakau sahaja

Permandangan dari  menara pemerhatian. Pokok Bakau je beb

Di kawasan jeti Selat Melaka, Pulau Kerimun, Indonesia dihadapan
anda. huhu.dekat je Indonesia ni

Ni la jalan nak pergi ke tugu hujung tanah besar Asia, tapi tutup pulak
Siot tol la. kesian saya

Ni jalan lagi satu ke penghujung tanah benua Asia. YAYY!

Paya bakau lagi

Jika anda perhati pada gambar ini(besarkan gamba jika tak nampak) anda akan nampak tugu di hujung hutan itu
Itu lah penghujung Tanah besar Asia

Jalan ke satu lagi menara pemerhatian

On the way pak munawe ke tugu hujung tanah besar Asia
  
Ini papan tanda dia Jom, gi lurus!

Jarak dia 515 meter kot. Jauh jugak.

Nilah Jalan dia, Mari-mari-mari-mari!

Lumpur kawasan paya bakau

Sungai di taman negara Tanjung Piai, nak mandi?? toksah la
Yang menariknya,Masa saya ada kat Tanjung Piai, handset saya mula membuat roaming dan line saya menjadi Indosat. Ia terjadi masa saya kat jeti Selat Melaka. Anyway, saya teruskan perjalanan saya ke Tugu Penghujung Benua Asia, jalannya iala 515 meter dari dewan serbaguna itu. Sebelum ke sana anda akan sampai ke kawasan memancing dulu, ia menghadap muara Selat Johor dan anda boleh nampak Bandar Tuas, Singapura tapi blurry lah. Secara tiba-tiba, saya punya line handset terus roaming SingTel. pergh hebat betoi, line Singapore pulak,Anda boleh katakan bahawa Tanjung Piai ini anda boleh dapat dua line telco luar negara dalam satu masa. Walaupun agak teruja dengan penemuan itu, nasib tidak menyebelahi saya sebab bila saya tiba di tepi pantai ke tugu itu, ada pagar tinggi menahan pelawat untuk pergi ke tugu tersebut kerana ada proses pembaikan dan meningkatkan keselamatan untuk pelawat pada masa hadapan. Saya hanya dapat tangkap gambar dari jauh sahaja..... hmmm nak layan lagu "Hujung Dunia" by Hanie Soraya jap....

Pantai Tanjung Piai, Nak mandi tok sey la sebab lautnya berlumpur dan penuh
dengan batu karang

Jalan ini lah yang terus ke pelantar Tugu Penghujung Benua Asia tuh,
Nampak tak ada bendera Malaysia dan Johor? Negara kita ada
penghujung Tanah Besar Asia kot.
Hingga ke hujung dunia ini....

Pantai Tanjung Piai bersama Pokok Bakau dan Permandangan
bandar Tuas, Singapura.

Balik semula ke pintu keluar Taman Negara dengan kecewa..

Tinggi kot akar ni, kalau dalam gambar nampak kocik jo,
bila real life ambik ko, dua kali ganda tinggi saya akar tuh.

Sapa suka buang sampah merata-rata kat Taman negara ini bermakna anda
MONYET....SOMBONG......PERASAN CUN PULAK TU......(tengok Farady,Tidak Tenang)
Nak balik semula ke pintu utama Taman Negara ini, anda cuma pusing balik sahaja, kerana ia adalah satu jalan masuk, satu jalan keluar. Sebelum keluar, beli lah barang-barang dia, macam barang kraf tangan, baju T-Shirt Tanjung Piai dan lain-lain. Saya beli T-Shirt Tanjung Piai, harganya RM 25 jew. Ada jual air dan aiskrim di situ, harganya mahal sikit la contohnya aiskrim Rainbow Paddle Pop rege dia RM 2.00, saya terus keluar dari Taman Negara tu dengan kecewalah jugak sebab tak dapat nak ada betul-betul di Selatan Tanah Besar Asia, tapi saya puas hati sebab dapat lihat Tanjung Piai ini secara live, Kawasannya amat cantik, udaranya nyaman, cuma yang agak menyedihkan ada berberapa sampah di buang di taman negara ini. Apa kebodohlah orang tu, kat sana banyak je Tong Sampah di sediakan, buang jugak kat atas tanah pokok bakau tu, macam siot je. memang monyet...sombong... sorry saya teringat ceita Tidak Tenang dari Faradyable kat Youtube..... Saya bagi Taman Negara Tanjung Piai ini 4 Bintang dan Amat disarankan untuk datang melawat Tanjung Ini. Jadi lepas saya dah keluar dari Taman Negara itu saya masuk kereta dan terus ke Pekan Kukup, lebih kurang 9 km dari Tanjung Piai, Tapi dalam masa yang sama saya dah lapar, lebih kurang 2 jam lebih saya ada kat Taman Negara tersebut. Saya memandu sampai ke Pekan Kukup lebih kurang pukul 6 petang lebih, saya makan di kedai mamak di Pekan Kukup tersebut. Pekan itu kecik je, ramai bangsa Cina dan ia adalah pekan atas air, jika anda nak pergi ke Pulau Karimun, Indonesia, anda perlu pergi ke Jeti Antarabangsa Kukup,Johor. jika anda berjalan menuju ke Jeti Kukup tuh, saya lihat kiri kanan bahawa sekeliling Jeti itu adalah Kelong(iaitu rumah atas air), anda juga nampak banyak kedai Melayu, lebih banyak dari Kampung Pasir Penambang,Selangor yang majoritinya ialah bangsa Cina. Lepas makan, saya ingat saya nak tengok Jeti Kukup tuh nak tanya pukul berapa jeti ni buka, dan berapa regenya. Tapi dah tutup lah pulak, jadi saya pun balik semula ke Tanjung Piai Resort.

Oh, saya nak bagitahu anda, di kawasan Kampung Kukup ini ada seorang Cina yang akan offer dia sesuatu yang pelik, bahasa melayu amat tak lancar dan susah difahami, dia akan aim para pelancong, badannya agak gempal dan rambutnya bercacak sedikit, dia juga suka gigit bajunya, jika ia datang ke arah anda, anda kata tidak dan jalan cepat sahaja, anda juga perlu pandang sekeliling kerana takut dia akan ikut anda, dia kadang-kadang naik basikal dan jalan kaki. Saya cuma beri anda amaran pasal benda itu, takut anda kena SCAM(tipu). Selain itu juga, Kukup ada dua bahagian satu Pekan Kukup, satu lagi Kukup Laut iaitu rumah Kelong tuh. Saya juga notis Perhentian Bus Kukup amat mengecewakan, sunyi sepi, banyak kedai tutup seakan tiada orang datang ke situ, cuma banyak teksi park di kawasan stesen bus itu. Ok, berbalik dari kisah saya, saya teruskan perjalanan ke hotel saya, masa tuh dah  Maghrib dah, jadi saya tangkap gambar menggunakan kamera phone saya yang murah ni. Permandangan dia amat indah sekali. Saya minta maaflah jika kualiti kameranya tak lawa, saya bukannya kaya macam anda.. ada DSLR.... saya kamera phone je. Ini gambar dia.

Hentian Bus Pekan Kukup

Bangunan kedai dengan matahari terbenam di Kukup

Sebahagian Kukup Laut,bawah saya ialah Laut

Ni la pintu masuk Jeti Kukup, tutup pulak.....

Laman Bonda, salah satu blok di Tanjung Piai Resort

Nampak tak lampu di hujung gambar tuh, itulah  Bandar Tuas Singapura,
Lebih kurang 12km dari Tanjung Piai Resort dari laut lah,
Saya hanya masukkan dua gambar hotel Tanjung Piai pada waktu malam sahaja,  kerana yang lain gambar dia rosak secara tiba-tiba, hampir 10 gambar saya tangkap untuk Permandangan cantik di sini, tapi buat hal pulak gambar tuh, minta maaf saya tak dapat masukkan dalam post ini. Saya balik ke bilik saya, Solat Maghrib Jama' Isyak, mandi dan siap-siap untuk pergi makan ke Restoran Johor Riau, lebih kurang 1 km dari Hotel. Macam mana nak pergi ke sana?? Mudah sahaja, sebaik anda keluar dari hotel, dari tempat parking, anda terus menghala ke Serkat. bawa dengan slow sedikit kerana Restoran itu berada di bahagian kiri jalan menghala ke Serkat. Kedainya bukan seperti warung biasa, tetapi warung yang cantik dan kemas, masa tu pula ada match JDT VS. Pahang pulak, memang ramai la datang. Makanannya sedap dan harganya agak murah kalau standard ikan bakar. Saya order Ikan siakap Masam Manis, Sotong Goreng, Kailan Ikan masin, nasi putih, layer tea dan air  mineral, semuanya rm 51.00. Selepas makan dan puas menjerit gol, marah pemain, marah refree, saya pun pulang ke bilik dan relax di dalam bilik tersebut sambil melihat angin laut yang agak kencang sehingga mengeluarkan bunyi. Saya pun tidur lebih kurang pukul 1.00 pagi kerana berkemas untuk meneruskan pengembaraan seterusnya, iaitu di Tanjung Balai, Pulau Karimun, Indonesia.

PASPORT: CHECK!

DOMPET: CHECK!

BARANG-BARANG KEPERLUAN: CHECK!

CHARGER HANDSET: CHECK!

EARPHONE: TERTINGGAL KAT RUMAH. NOT CHECKED!

Bersambung Siri seterusnya: BAB 2. Adventur saya ke Pulau Karimun pula, sekian terima kasih membaca blog saya yang tak seberapa ni, saya harap jika anda baca blog saya, sedikit sebanyak membantu kamu merancang perjalanan anda untuk ke sana, sekian Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



-SELIM THE 3RD-


VISIT https://www.facebook.com/selimhatimalaya?ref=hl  UNTUK LEBIH INFO DALAM SIRI LAIN.