Wednesday 21 January 2015

STATEMENT BAB 1: KATA-KATA ALUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar? Saya harap anda sihat sejahtera sahaja. Jika anda adalah Fans Saya Sayang Tun Dr. Mahathir Mohammed (Di Facebook) dan Hati Malaya (Di Facebook juga) anda akan kenal saya. palam Page SSTDMM saya digelar admin -SS- atau dikenali Sultan Selim. Saya menjadi Admin SSTDMM dari March 2012 hingga April 2013. Saya Join Page Hati Malaya dari Mei 2013 hingga kini. Mula-mula saya ada page saya sendiri iaitu page Selim the 3rd dalam Facebook tetapi saya tak tahu kenapa akaun saya tak boleh masuk, jadi saya terpaksa buka akaun di dalam Blog ini.

Seperti biasa, jika anda like page saya di FB, saya terima kasih banyak-banyak. Cuma saya akan buat pembaharuan tentang post saya, saya akan post semula post-post saya yang lepas cuma bezanya, ia lebih terperinci dari saya buat dalam page saya di FB. Insyaallah saya akan teruskan penulisan saya di sini dan jika akaun saya sudah okay, saya akan post semula di sana, tapi setakat share sahaja lah. Baiklah, tanpa membuang masa, saya akan memberikan senarai Segmen-segmen di dalam Blog saya ini.

KONSPIRASI:  Segmen yang menceritakan tentang sesuatu isu yang luar biasa dari pendapat orang Islam dan bukan Islam. Segmen ini menceritakan kisah yang kita sendiri tak pasti benda itu wujud ke tak, ataupun benda itu wujud seperti dalam Al-Quran, tetapi tidak dapat di pastikan bagaimana ia datang. Jadi dalam segmen ini adalah segmen pendapat ramai pihak tentang isu tersebut. Be warned, segmen ini berdasarkan tafsiran dan Teori sahaja. Nak telan boleh, tak nak telan sudah.

SEJARAH: Segmen ini menceritakan tentang sejarah-sejarah luar negara secara umum. menceritakan banyak sejarah-sejarah dunia secara terperinci dan sejarah kemajuan dan kejatuhan sejarah tersebut

STATEMENT: Segmen ini menceritakan secara umum dan pendapat saya dalam satu isu tersebut. Sama ada ia adalah serius ataupun gurauan. Boleh dikatakan Segmen ini adalah segmen santai bersama followers di dalam blog ini.

SEJARAH ISLAM: Segmen ini menceritakan tentang sejarah Islam sepenuhnya, Menceritakan sejarah Empayar Islam, Individu yang beragama Islam, Ekonomi dan bahan-bahan yang direka oleh orang Islam.

CUTI-CUTI MALAYSIA: Segmen ini adalah segmen perlancongan di seluruh Malaysia, sama ada kita pernah dengar atau tidak pernah dengar. Segmen ini menceritakan macam mana nak pergi ke tempat perlancongan itu, apa yang tempat menarik berdekatan jika melancong di sana,  adakah kawasan itu selamat atau bahaya dan banyak lagi.

EXTREME: Segmen ini adalah Segmen sukan-sukan lasak iaitu segmen menunjukkan tempat-tempat "Port" mereka datang untuk melakukan aktiviti mereka sama ada Skate Park, Mountain Climbing Place ataupun Dirt Course di seluruh Malaysia. Lebih kurang sama seperti segmen cuti-cuti Malaysia, cuma bezanya ia lebih dari Sukan-sukan Lasak.

BARGALIEGA: Segmen ini adalah segmen tentang Bola sepak, memberitahu tentang berita terkini tentang Sukan Bola Sepak Sahaja. Sama ada Liga Malaysia, Barclays Premier League dan lain-lain lagi.

TEKNO-PINTAR: Segmen ini adalah segmen tentang gadget seperti review, hands on dan pendapat bila menggunakan gadget tersebut. Rating akan diberikan sama ada ia berbaloi atau tidak berbaloi.

XPRESS MUSIC: Segmen ini adalah segmen saya akan cuba mentafsir lagu-lagu di dunia. Tak kira lah lagu english ke, melayu ke atau mana-manalah. Saya juga akan guna tafsir dari berberapa orang lain untuk bagi anda semua faham maksud lagu itu. Tapi segmen ini setakat teori dan pendapat. Bukan maksud sebenar.

Okay, Ini sahaja Segmen-segmen dalam blog ini (Buat masa ni lah) nanti Insyaallah akan muncul lebih banyak lagi segmen seterusnya untuk lebih menarik perhatian Blog ini. Sekian dari saya, Saya harap para followers dapat mengikuti blog ini. Saya nak minta maaf awal-awal jika buat sesiapa tersinggung atau marah jika saya buat post-post di blog ini nanti. Sekian, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


-Selimthe3rd-

https://www.facebook.com/selimhatimalaya  (Facebook Page saya yang dah tak leh buka dah

1 comment:

  1. emperor casino - Shootercasino
    Get access to 100% up to €300 + 50 FREE Spins when you sign up with us and 제왕카지노 get exclusive bonuses on a febcasino huge variety of Casino 인카지노 Games.

    ReplyDelete